Find us on Facebook

HEALING LIFE
together we guarantee
a healthier tomorrow

Terapi Platelet Rich Plasma (PRP)
Perawatan semula jadi bagi merawat kecederaan anggota tubuh badan , kulit kedut, parut dan masalah keguguran rambut.
lebih lanjut >

 

Pulihkan tahap kesihatan anda.
Pulihkan kecederaan anda dengan lebih cepat & selamat atau kembalikan kulit tegang  melalui Terapi PRP.
Ketahui tahap kesihatan anda hari ini dengan menjalani Pemeriksaan Kesihatan bersama kami.
Tempahlah sesi anda hari ini!

 

PERKHIDMATAN KAMI
Pesakit Luar
  • Di Klinik Faizal Dan Rakan – Rakan, pasukan kami akan menyambut anda dengan mesra.
  • Dengan keperihatinan, kami membantu merawat penyakit pesakit dan memberikan mereka  perawatan dan ubat-ubatan yang diperlukan
  • Para doktor dan jururawat berkhidmat berpandukan polisi syarikat kami bagi memastikan pesakit mendapat perkhidmatan yang berkualiti.
Pemeriksaan Kesihatan
  • Periksalah tahap kesihatan anda hari ini! Seperti yang lazim dikatakan, mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
  • Kami mengalu-alukan individu – individu yang mahu memeriksa tahap kesihatan mereka. Pemeriksaan kesihatan adalah sangat mudah kerana pemeriksaan fizikal, ujian-ujian makmal dan perkhidamatan X-Ray dapat dijalankan di satu tempat sahaja. Anda hanya perlu membawa diri sendiri bagi menjalani ujian kesihatan tersebut. Ingat, anda mungkin perlu berpuasa bagi pemeriksaan kesihatan tertentu. Hubungi kami bagi kepastian lanjut.
  • Berikut adalah beberapa jenis pemeriksan kesihatan yang kami sediakan:
  1. Pakej Pemeriksaan Kesihatan Eksekutif (Pemeriksaan Menyeluruh)
  2. Pemeriksaan Kesihatan Pra- Pekerjaan
  3. Pemeriksaan perubatan untuk bantuan domestik / pekerja asing
  4. Pemeriksaan Kesihatan Pelajar
  5. Ujian Saringan Kesihatan Perkeso (HSP Perkeso)
  6. Ujian Air Kencing Dadah
  7. Ujian Kehamilan
  8. Ujian Darah
  9. ECG
  10. Pap Smear
  • Eksekutif Profil ialah pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh yang mengandungi lebih daripada 40 ujian kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini termasuk; Pemeriksaan darah menyeluruh, Hepatitis B Screening, Lipid Screening, Ujian Liver Function, Ujian Renal Function dan juga penanda Kanser. Pesakit yang mahu menjalani pemeriksaan ini hendaklah berpuasa 12 jam sebelum pemeriksaan dijalankan. Sampel darah dan urine diperlukan untuk pemeriksaan kesihatan ini.
Perkhidmatan X-Ray
  • Perkhidmatan X-ray perubatan merupakan salah satu dari servis utama kami. Dalam sesetengah kes rumit, imej imbasan X-Ray dapat membantu doktor untuk memahami keadaan anda dengan lebih baik.
  • Kami juga merupakan klinik panel bersama FOMEMA
  • Perkhidmatan X-ray kami melengkapi pemeriksaan kesihatan dimana ia memudahkan pelanggan kami.
  • Waktu operasi X-Ray kami adalah 9.00am – 9.00pm setiap hari.
Terapi Ozon
  • Kami percaya bahawa perubatan integrasi adalah cara terbaik untuk memperoleh kesihatan yang lebih baik. Dengan kepercayaan ini, kami menyediakan perkhidmatan Terapi Ozon sebagai rawatan alternatif kepada pesakit.
  • Terapi ozon adalah rawatan yang selamat dan dapat memberikan pesakit pelbagai kebaikan.
  • Kami mempunyai pakej-pakej menarik yang memenuhi keperluan perubatan anda
  • Lawati ke halaman Terapi Ozon kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya dan bagaimana ia memberi manfaat kepada anda!
Terapi Platelet Rich Plasma (PRP)
  • Selain terapi ozon, kami juga menawarkan rawatan terapi Platelet Rich Plasma (PRP) sebagai salah satu rawatan alternatif kepada pesakit kami.
  • Rawatan alternatif ini bukan sahaja untuk memulih dari kecederaan tisu otot, sendi tendon dan tulang tetapi untuk ia juga digunakan sebagai rawatan kecantikan. PRP boleh merawat masalah keguguran rambut  dan kulit seperti kedutan dan kesan parut.
  • Keajaiban perawatan ini datang dari kebolehan semula jadi tubuh badan untuk memulihkan dirinya sendiri.
  • Lawati ke halaman Platelet Rich Plasma (PRP) kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya dan bagaimana ia memberi manfaat kepada anda!