Find us on Facebook

HEALING LIFE
together we guarantee
a healthier tomorrow

Terapi Platelet Rich Plasma (PRP)
Perawatan semula jadi bagi merawat kecederaan anggota tubuh badan , kulit kedut, parut dan masalah keguguran rambut.
lebih lanjut >

 

Pulihkan tahap kesihatan anda.
Pulihkan kecederaan anda dengan lebih cepat & selamat atau kembalikan kulit tegang  melalui Terapi PRP.
Ketahui tahap kesihatan anda hari ini dengan menjalani Pemeriksaan Kesihatan bersama kami.
Tempahlah sesi anda hari ini!

 

TENTANG KAMI
Di asaskan oleh Dr Faizal Bin Rashid, Klinik Faizal Dan Rakan – Rakan Sdn Bhd telah beroperasi semenjak Februari 1992 dan pada tahun 2016 kami menyambut ulang tahun yang ke-24! Bermula dengan sebuah klinik perubatan umum, Klnik Faizal dan Rakan – rakan kini memiliki 2 buah cawangan dimana setiap satu mempunyai strategi dan fokus tersendiri.

Cawangan utama kami terletak secara strategik di Bandar Baru Uda dan merupakan sebuah klinik yang beroperasi 24 Jam. Klinik ini membantu dan memberikan servis lebih dari 20 tahun. Selain merawat pesakit, kami juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan X-Ray. Oleh itu, pesakit tidak perlu pergi ke beberapa tempat berlainan bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan mereka. Kini, kami sering menjadi klinik pilihan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dikalangan masyarakat setempat, syarikat – syarikat dan juga pelajar-pelajar yang bakal memasuki universiti. 

Selain itu, cawangan utama kami juga memberi pengkhususan dalam rawatan alternatif kepada pesakit yang ingin memperbaiki tahap kesihatan mereka tanpa terlalu bergantung kepada ubat-ubatan dan prosedur pembedahan. Di mana kami menawarkan rawatan terapi ozon yang telah membantu ramai pesakit bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari Singapura dan Batam, Indonesia. Tambahan pula, kami juga menyediakan Terapi PRP (Platelet Rich Plasma) sebagai perawatan alternatif bagi merawat kecederaan  dan juga digunakan sebagai perawatan kecantikan.

Pada Disember 2015, kami buka cawangan baru kami (yang asal merupakan cawangan di Taman Perling) di Taman Dataran Larkin. Beroperasi dari jam 9.00 am - 9.00 pm, kami menawarkan rawatan pesakit luar, pemeriksaan kesihatan dan juga perkhidmatan X-ray.

Kami percaya bahawa kekayaan utama adalah kesihatan. Kami mengajar pesakit kami bagaimana untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan kehidupan.

MISI KAMI
Klinik Faizal Dan Rakan-Rakan Sdn Bhd bermatlamat untuk menjadi penyedia penjagaan kesihatan nombor 1 anda.
Misi Kami

Klinik Faizal dan Rakan – Rakan Sdn Bhd adalah sebuah pasukan yang berdedikasi , berjaya dan positif yang berusaha untuk mencapai keseimbangan, integrasi dan kejujuran semasa memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang premium kepada pesakit dan pelanggan.

Kami bekerjasama diantara 10 poin budaya sebagai usaha bagi memastikan bahawa setiap pesakit dan pelanggan akan mendapat manfaat yang terbaik sementara kami merawat penyakit mereka. Kami akan merawat mereka secara keseluruhan iaitu kesihatan fizikal, mental, rohani, dan sosial.

Kami juga akan bekerjasama dengan pelanggan dan pesaing. Bersama-sama kami dapat mencapai lebih banyak. Kami berada dalam perniagaan Kesihatan, Perkhidmatan dan Edutainment.

Produk dan servis kami adalah berkualiti tinggi, berbaloi, dan sentiasa menambah nilai. Kami menggunakan teknologi yang terkini dan kos efektif.

Kami akan sentiasa mendidik diri sendiri , pelanggan, rakan kongsi sementara kami merawat mereka dan mewujudkan suasana seronok untuk pendidikan. Kami akan mendidik pesakit dan klien tentang penyembuhan dan pembangunan diri.

Klinik Faizal dan Rakan – Rakan Sdn Bhd akan menggunaan model koperasi untuk berkembang secara nasional dan internasional. Kami juga akan mengalakkan klien dan rakan kongsi untuk berkembang sama dengan kami.