Find us on Facebook

Treat your injuries
and rejuvenate with
 Platelet Rich Plasma 

Terapi Platelet Rich Plasma (PRP)
Perawatan semula jadi bagi merawat kecederaan anggota tubuh badan , kulit kedut, parut dan masalah keguguran rambut.
lebih lanjut >

 

Pulihkan tahap kesihatan anda.
Pulihkan kecederaan anda dengan lebih cepat & selamat atau kembalikan kulit tegang  melalui Terapi PRP.
Ketahui tahap kesihatan anda hari ini dengan menjalani Pemeriksaan Kesihatan bersama kami.
Tempahlah sesi anda hari ini!

 

Apakah Itu Terapi Pletelet Rich Plasma (PRP)?
Penemuan perubatan terkini telah menemukan sejenis perawatan yang  semula jadi untuk memulihkan kesakitan & kecederaan yang dikenali sebagai  Terapi Platelet Rich Plasma (PRP). Terapi PRP adalah selamat dan efektif dalam merawat pelbagai jenis kecederaan  kulit, otot, tendon dan tulang. Terapi ini sesuai  bagi pesakit yang ingin mencuba alternatif selain pembedahan. Rawatan PRP adalah bebas dadah dan menjanjikan tempoh penyembuhan yang lebih singkat.

Terapi PRP menggunakan larutan plasma kaya platelet yang diambil dari sedikit darah pesakit . Platelet dalam darah kita berfungsi membebaskan protein penyembuhan yang dikenali sebagai ‘Growth Factor’. Secara terkumpul, growth factor akan mempercepatkan penyembuhan kecederaan & tisu rosak.  Ia meransang proses pemulihan & generasi di kawasan yang menerima rawatan. Oleh itu, penyembuhan mengambil masa yang lebih singkat semulajadi dan bebas risiko.

Terapi PRP adalah popular di antara kalangan ahli sukan kerana ia menjanjikan penyembuhan yang lebih singkat tanpa pembedahan yang berisiko tinggi. Antara ahli sukan yang menjalani Terapi PRP adalah seperti Tiger Woods,Pittsburgh Steelers, Hines Ward dan Troy Palomalu.
Mengapa Terapi PRP?
Tubuh badan kita mempunyai keupayaan yang menakjubkan untuk memulihkan dirinya sendiri. Apabila berlaku sebarang kecederaan, proses penyembuhan semulajadi akan berlaku bagi  membaiki tisu-tisu yang rosak. Tubuh akan memberikan isyarat supaya platelet dan komponen lain di dalam darah  membaiki kulit, tulang dan tisu-tisu lain yang mengalami kecederaan.

Walaupun begitu, ada kecederaan  yang mendapat halangan untuk sembuh kerana kekurangan peredaran darah ke bahagian tersebut.

Dengan kemajuan dalam perubatan, terapi PRP  mampu mengekstrak larutan plasma tinggi platelet  dan memberikannya terus ke  tempat yang ingin di rawat dengan menyuntik larutan platelet  yang diambil dari darah pesakit, ia akan mengandakan keupayaan tubuh badan untuk sembuh.
Terapi PRP Dalam Kecantikan
Teknik Terapi PRP yang memasukkan larutan kaya plaletlet / growth factor bantu mempercepatkan pemulihan tisu-tisu yang rosak.  Terapi ini mampu merawat kedutan dan kesan parut pada kulit. Dengan menjalani terapi ini, kulit akan kembali tegang, halus dan kesan parut beransur cerah. Pesakit akan tampak lebih muda degan kulit yang kembali remaja. Terapi ini juga dikenali sebagai ‘Vampire Facelift’ di Hollywood dan mendapat sambutan hangat di antara kalangan aktres dan sosialit di sana seperti Angelina Jolie dan Kim Kardashian. Terapi PRP juga boleh meransang penumbuhan rambut baru bagi pesakit yang mengalami masalah keguguran rambut
Bagaimana Terapi PRP Di jalankan?
Sedikit darah akan diambil dari pesakit. Ia akan dimasukan dalam mesin sentrifus di mana plasma kaya platelet akan terasing dari komponen darah yang lain. Larutan ini akan disuntikkan kepada bahagian yang ingin dirawat. Plasma kaya platelet ini mengandungi kandungan growth factor yang tinggi berbanding darah biasa. Oleh itu growth factor terkumpul bantu menganjakkan proses penyembuhan ke tempoh yang lebih singkat.

Tempoh terapi adalah berbeza– beza di kalangan pesakit. Suntikan yang perlu diambil adalah satu hingga ke tiga suntikan. Bergantung kepada jenis kecederaan atau kegunaan perawatan ini.
 


Keadaan Yang Boleh Dirawat Menggunakan Terapi PRP
 
Kecederaan Bahu & Lengan
  • Rotator Cuff Tendonitis
  • Golfer’s & Tennis elbow
  • Tendonitis pada siku
  • Tegangan dan kekoyakan ligamen
     
Kecederaan Belakang Badan
  • Facet joint Arthritis
  • Sakit sendi Sacroiliac
Kecederaan Lutut
  • Patellar tendonitis
  • Kesakitan Otot Quadriceps
  • Ketegangan & Kesakitan Ligamen
  • Bursitis
     
Kecederaan Pinggul
  • Kesakitan / Kecederaan pada sendi pinggul
  • Bursitis
  • Kecederaan hamstring/peha
     
Kecederaan Kaki & Buku Lali
  • Plantar fasciitis
  • Achiles tendonitis/ tendinosis
  • Seliuh buku lali
  • Tegangan/ Kekoyakan tendon & ligamen
     
Kesan Penuaan & kedutan Muka
Kesan Parut
Masal Keguguran Rambut


Tempah Sesi Anda Hari Ini
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh menghubungi kami atau hantarkan pertanyaaan melalui email.